Foto hiasan
Foto hiasan
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Lipis, Pahang, esok.

Ketua Pengarah MKN Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD terbabit adalah Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau dan Taman Teratai, Mukim Budu.

"PKPD itu yang bermula 2 Oktober lalu akan ditamatkan seperti yang dijadualkan.

"Penamatan dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa lokaliti berkenaan," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata, setakat hari ini tiada lokaliti baharu yang diisytiharkan PKPD.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 10:20 PM