GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Tiga kawasan di Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam ini dan Sabtu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD terbabit dilaksanakan di Kampung Bukit Serdang, Bera Pahang yang akan bermula tengah malam ini sehingga 14 Oktober.

Menurutnya, dua lagi PKPD di Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau dan Taman Teratai, Mukim Budu yang akan bermula Sabtu ini hingga 15 Oktober.

"Pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

"Prosedur operasi standard (SOP) di PKPD itu adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Rodzi berkata, empat lokaliti di Pahang yang dilaksanakan PKPD sebelum ini ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu berakhir esok.

Katanya, lokaliti berkenaan adalah Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian, dan Kampung Lubok Wong di Temerloh serta Penjara Penor, Kuantan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 8:08 PM