GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Dua lokaliti di Perak dan satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 5 hingga 18 September 2021.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu ialah Taman Samudera Seri Manjung dan Kampung Sungai Cincin, Batang Padang Perak.

Katanya, di Pahang, lokaliti terbabit adalah di sekitar Pekan Padang Tengku Mukim Gua, Lipis yang meliputi Kampung Baru, Taman Bakti, Taman Dahlia serta deretan kedai pekan Padang Tengku.

Sementara itu, katanya, PKPD di dua lokaliti di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Labuan dan Kampung Ambung Tolus dilanjutkan dari 5 hingga 18 September.

"Pelanjutan itu dibuat selepas meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Mohd Rodzi berkata, PKPD di Kampung Menunggui dan Kampung sayap, Kota Belud Sabah ditamatkan esok, lebih awal dari yang dijadualkan pada 8 September.

Sementara, PKPD di Kampung Tuguson, Kota Belud, Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan dan Perumahan Lestari di Felda Sahabat 48 ditamatkan seperti dijadualkan.

Beliau berkata, dua lokaliti di Tawau Sabah iaitu Taman Millenium dan Taman Kinabutan Ria serta Kampung Tangkuyan, Kinabatangan turut ditamatkan seperti dijadualkan.

"PKPD di Taman Balok Makmur, Sungai Karang, Kuantan dan Flat Damai Taha di Temerloh juga ditamatkan esok seperti dijadualkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 8:27 PM