GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini hingga 5 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti berkenaan ialah Kampung Garib, Matunggong di Kudat.

"PKPD dilaksanakan di lokaliti ini selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

"Selain itu, PKPD di Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat pada esok dilanjutkan bermula Rabu ini sehingga 5 Oktober depan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PKPD di tujuh lokaliti di Sabah pula akan ditamatkan mulai esok.

"PKPD di Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau dan Taman Limauan, Kinarut di Papar yang bermula 25 Ogos lalu ditamatkan esok.

"Dua lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kampung Mompilis, Matunggong di Kudat serta Kampung Pahu Pinawantai di Ranau yang dikenakan PKPD 8 September lalu turut ditamatkan esok seperti dijadualkan.

"Selain itu, PKPD Kampung Lotong di Kota Marudu yang dilaksanakan 1 September lalu ditamatkan esok lebih awal berbanding tarikh dijadualkan 28 September ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 7:56 PM