ANGGOTA bomba menyelamatkan buruh binaan yang terkena renjatan elektrik di Kampung Benta. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menyelamatkan buruh binaan yang terkena renjatan elektrik di Kampung Benta. FOTO ihsan bomba
Asrol Awang


Pekan: Buruh binaan terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang dalam pembinaan di Kampung Benta, Peramu, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mangsa, Mohd Firdaus Ismail, 25, bagaimanapun hanya mengalami kekejangan otot.

Katanya, mangsa diselamatkan anggota bomba yang menggunakan kaedah `body harness' dan tali untuk menurunkan mangsa.

"Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada jam 4.27 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja di bahagian atas rumah yang dalam pembinaan.

"Lapan anggota bomba termasuk seorang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu diarahkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan," katanya katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebaik diturunkan, mangsa kemudiannya dibawa kakitangan perubatan ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 8:44 PM