SHAFIEN (kiri), Surina, Muhamad Zaki dan Mohd Nadzri. FOTO Arkib NSTP
SHAFIEN (kiri), Surina, Muhamad Zaki dan Mohd Nadzri. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ketua Polis Kelantan Datuk Sapiai @ Shafien Mamat adalah antara empat pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat berkuat kuasa 20 September depan.

Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan A Skandaguru berkata, Shafien akan memangku pangkat Komisioner Polis (CP), dan kekal dengan jawatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad juga akan dinaikkan pangkat dengan memangku Deputi Komisioner Polis (DCP).

"Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Muhamad Zaki Harun dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP.

"Kenaikan pangkat lain membabitkan Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain, yang akan memangku pangkat DCP dalam jawatan yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Ogos 2021 @ 8:59 PM