GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Norsyazwani Nasri


Kota Samarahan: Seorang lelaki cedera di paha kiri dan lengan kanan selepas diserang buaya ketika menangkap udang di sungai Kampung Naie, di sini, petang hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian 5 petang itu, mangsa yang berusia 35 tahun berjaya melepaskan diri daripada reptilia itu.

Menurut sumber, mangsa bertindak pantas mencucuk mata buaya itu.

"Ini menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitan terhadap mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki kemudian segera menyelamatkan diri bagi mendapatkan bantuan dari penduduk kampung," katanya.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dandilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Ogos 2021 @ 10:04 PM