PETUGAS Jabatan Kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap penduduk di Kampung Teluk Menara, Manir, Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
PETUGAS Jabatan Kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap penduduk di Kampung Teluk Menara, Manir, Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 36 kluster baharu di hampir semua kecuali Wilayah Persekutuan, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 3,974 kluster dikesan dalam negara dengan 1,232 kluster aktif.

Katanya, sebanyak 19 kluster yang dikesan membabitkan tempat kerja dan 13 kluster komuniti, manakala dua lagi kluster pusat tahanan dan masing-masing satu kluster keagamaan serta kumpulan berisiko tinggi.

"Kluster tempat kerja dilaporkan di Johor, Selangor, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu iaitu Kluster Jalan Mengkibol Empat, Industri SILC Dua, Jalan Firma Selatan, Jalan Seelong 19, Perusahaan Parit Raja, Industri Jalan Chaah, Ladang Sungai Kahang dan Industri Bayu Tampoi.

"Selain itu, Industri Delima Satu, Tapak Bina Persiaran Mahkota, Industri Tambak Jawa, Industri Jalan Salleh 29, Dah Tapak Bina Astana, Dah Tapak Bina Abas, Kampung Mujur Jelawat, R16 Jalan Bukit Keteri, Jalan Gajah Mati, Jalan Pisang Raja dan Lot Q Fasa Dua," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lapan daripada keseluruhan kluster komuniti pula dikenal pasti di Kelantan iaitu Kampung Tok Burung Perupok, Kampung Bukit Gading, Perumahan Kelapa Wangi, Jalan Masjid Batu Dua, Belakang Perumahan Tanjung Chat, Kampung Langgar, Jalan Kampung Paloh dan Kampung Chenerai.

Katanya, tiga lagi kluster di Pahang yang dikenali Kampung Sri Muda, Sungai Tekam Utara dan Rantau Sena manakala masing-masing satu di Selangor (Bukit Tampoi) serta Johor (Temenggong Kulai).

"Dua kluster pusat tahanan adalah Pagar Gua Musang di Kelantan dan Tembok Bukit Mertajam 2 di Pulau Pinang," katanya.

Tambah beliau, satu kluster keagamaan pula di Johor iaitu Jalan Pinang Kluang dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Kedah iaitu Dah Batu 18.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 7:40 PM