GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sebanyak 10 kluster baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 493.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu direkodkan empat di Selangor, Johor (dua) dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Sabah, Kelantan dan Perak.

Menurutnya, kluster baharu membabitkan lapan di tempat kerja manakala dua di komuniti.

Katanya, kluster di Selangor adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia, Kluster Teknologi Emas, Kluster Jalan Jenjarum dan Kluster Bukit Putra.

"Kluster di Johor adalah Kluster Simpang Tiga Muar dan Kluster Jalan Mega Satu.

"Selain itu, Kluster Merotai Besar di Sabah, Kluster Genting Terang di Pulau Penang, Kluster Kampung Telekong di Kelantan dan Kluster Kampung Columbia di Perak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, 16 kluster tamat hari ini adalah Kluster Kompleks Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, Kluster Ladang Sebrang, Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah Merah, Kluster Jalan Empayar, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Pulau Lima, dan Kluster Jalan Rusa Scientex.

Sementara itu, beliau berkata, KKM menasihati semua pihak yang terbabit dalam peperiksaan awam seperti calon, petugas peperiksaan, pentadbir, ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam dalam norma baharu ditetapkan.

Beliau berkata, calon peperiksaan perlu memastikan mereka sihat dan tidak bergejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak, dan sesak nafas ketika menduduki peperiksaan.

"Calon juga dikehendaki mengisi borang deklarasi saringan Covid-19 bagi mengisytiharkan status kesihatan mereka setiap hari," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 8:12 PM