BAS digunakan untuk membawa penduduk Kampung Orang Asli Kuala Masai yang disahkan positif Covid-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Olive B Hospital Permai, Johor Bahru. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
BAS digunakan untuk membawa penduduk Kampung Orang Asli Kuala Masai yang disahkan positif Covid-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Olive B Hospital Permai, Johor Bahru. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 35 kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, dengan kebanyakan kluster tempat kerja dan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 20 kluster tempat kerja dilaporkan di Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

"Kluster terbabit adalah Industri Dua Sungai Lalang yang merekodkan 86 kes positif Covid-19, Tapak Bina Persiaran Alam Sari (79); Ladang Pulau Carey (58); Industri Perusahaan Suria (44); Industri Batu 14 1/2 Jeram (33); Jalan Kebun Nenas 3D (23); Industri Jalan PBS (18); Industri Jalan Empat Olak Lempit (16).

"Turut dikenalpasti adalah Tapak Bina Jalan Eco Botani (73); Industri SAC Lapan (28); Industri Idaman Tiga (26); Senai Murni 12 (12); Jalan Kenanga 29 (enam); Tapak Bina Jalan Perusahaan Satu (48).

"Selain itu, Industri Taman Farmaseutikal (22); Industri Lorong Tanjung Tiga (19); Industri Jalan Merdeka 33 (33); Hamparan 2 (21); Jalan Serunai (62) dan Jalan Hulu Engkamop (14)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM turut mengesan kewujudan sembilan kluster komuniti membabitkan empat di Kelantan, masing-masing dua di Johor dan Sarawak serta satu di Selangor.

Memperincikan mengenai kluster itu, beliau berkata, ia dikenali Kampung Derdap yang merekodkan 17 kes positif; Jalan Pasar Desa Bunut Susu (15); Kampung Tanjong Dal (13); Taman Warta (lima); Jalan Pasak (lapan); Jalan Sri Perani (enam); Se-Menyan (66); Telok Batu (16) dan Dengkil Jaya (134).

Menurutnya, KKM turut mengenalpasti empat kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu tiga di Johor dikenali Jalan Serampang (43); Jalan Pusara Simpang Renggam (17) dan Jalan Tun Habab (12) serta satu di Kedah dikenali Dah Lebuh Kulim (54).

"Satu kluster pusat tahanan di Perak yang sudah merekodkan 59 kes positif iaitu Pagar Teluk Intan dan satu lagi kluster pendidikan lain di Kedah iaitu Dah Mengkuang yang merekodkan 35 kes setakat ini.

"Pertambahan kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 4,583 kluster di negara ini dengan 1,471 kluster masih aktif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 9:06 PM