GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 23 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, 17 kluster adalah berkaitan tempat kerja manakala, empat kluster komuniti dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta pusat tahanan.

Menurutnya, daripada kluster tempat kerja itu, tujuh dilaporkan di Selangor, tiga di Johor, masing-masing dua di Melaka dan Kuala Lumpur, masing-masing satu di Sarawak, Sabah serta Perak.

"Kluster di Selangor adalah Kluster Industri Jalan Waja 14 yang sudah merekodkan 34 kes positif Covid-19, Industri Jalan Hitech Tujuh (15); Industri Bukit Serdang Tujuh (13); Jalan Fauna Satu (21); Tapak Bina Desa Rawang (62); Industri Jalan Jasmin (25) dan Industri Taming Lima (13).

"Selain itu, di Johor adalah Kluster Industri Agas Lima (8); Jalan SILC Industri (13) dan Tanjung A Empat (22) manakala di Melaka dikenali Kluster Industri Ayer Keroh (25) serta Industri Jalan Mawar (47).

"Di Kuala Lumpur dikenali Kluster Jalan Abang Haji Openg (10); Tapak Bina Air Panas (176); sementara di Sarawak adalah Kluster Jalan Sungai Tapang (31); Pintas-Lingkudau di Sabah (10) dan Jalan Bidor di Perak (8)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster komuniti membabitkan Kluster Kampung Serikin di Sarawak yang merekodkan 49 kes; Jalan Padang Tembak Ayer Itam di Pulau Pinang (22); Cabang Empat Salam di Kelantan (10) dan Durian Penjara di Terengganu (18).

Menurutnya, kluster kumpulan berisiko tinggi yang dilaporkan di Selangor dikenali Kluster Jalan 18/16A Petaling yang melaporkan 12 kes.

Sementara itu, katanya, kluster pusat tahanan iaitu Kluster Tembok Taiping 2 di Perak merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 327 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 7:43 PM