GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan membenarkan pernikahan dalam talian sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, setakat ini pernikahan dalam talian masih tidak dibenarkan secara meluas.

"Kahwin dalam talian dibenarkan kepada mereka yang sudah lama mendaftar sebelum pelaksanaan PKP.

"Mereka yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita akan lihat pada kes dan sekiranya tindakan itu perlu, kita akan membawa perkara berkenaan kepada perbincangan untuk membenarkan.

"Apa yang penting, kita tidak menyalahgunakan khidmat kahwin dalam talian dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan. Jika mereka daftar sebelum PKP, memang kita benarkan," katanya.

AHMAD Marzuk menyampaikan bakul makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada Nik Abdul Muis yang mengalami penyakit saraf di Pusat Khidmat ADUN Panchor.FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
AHMAD Marzuk menyampaikan bakul makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada Nik Abdul Muis yang mengalami penyakit saraf di Pusat Khidmat ADUN Panchor.FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bakul makanan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Marzuk mengagihkan 3,000 bakul makanan kepada penduduk di Parlimen Pengkalan Chepa, selepas 3,000 bakul makanan lagi sudah diagihkan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, proses pernikahan itu perlu merujuk pihak berkuasa agama negeri masing-masing kerana ia berbeza-beza.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 2:57 PM