ANTARA kilang yang diperiksa dalam Op Patuh di Gua Musang. FOTOihsan polis
ANTARA kilang yang diperiksa dalam Op Patuh di Gua Musang. FOTOihsan polis
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Sebanyak 223 premis di Kelantan diperiksa dan 19 kompaun dikeluarkan kepada individu kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Patuh, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, 900 anggota daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pihak berkuasa yempatan (PBT).

"Dalam Op Patuh yang diadakan semalam, pihak kami memberi tumpuan kepada perusahaan-perusahaan besar atau kilang yang mempunyai ramai pekerja bagi sektor yang dibenarkan beroperasi patuh kepada SOP seperti mempunyai kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Saya juga ingin menasihatkan kepada pemilik-pemilik kilang supaya terus mematuhi SOP yang sudah dikeluarkan oleh kerajaan bagi mencegah daripada penularan wabak Covid-19 dan operasi ini akan diteruskan sepanjang penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Op Patuh besar-besaran diadakan di seluruh negara, semalam bagi memastikan pematuhan SOP.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 11:07 AM