KEADAAN khemah yang tumbang dan rosak dilanda ribut di PPV IPP, hari ini. FOTO ihsan Salbiah Saari
KEADAAN khemah yang tumbang dan rosak dilanda ribut di PPV IPP, hari ini. FOTO ihsan Salbiah Saari
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Sekurang-kurangnya tujuh khemah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengurusan Peladang (IPP), di sini, tumbang dan rosak dalam kejadian ribut, hari ini.

Pengarah Operasi PPV IPP, Salbiah Saari berkata, kejadian 6.30 pagi itu disedari seorang petugas selepas mendapati sebahagian khemah runtuh dan patah.

"Dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada saya menerusi WhatsApp.

"Saya sudah meninjau keadaan di lokasi kejadian. Didapati selain khemah, terdapat kerusi di dalam khemah menunggu juga rosak akibat ribut," katanya.

Beliau berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan di PPV berkenaan.

Menurutnya, kerja mengalih runtuhan dan penggantian khemah juga dilaksanakan dengan segera.

"Selepas kejadian, operasi di PPV ini yang mempunyai kapasiti suntikan 1,000 dos sehari tetap diteruskan.

"Mereka yang mendapat janji temu boleh hadir bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 12:52 PM