NOH (kanan). FOTO Arkib Bernama
NOH (kanan). FOTO Arkib Bernama
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Umno Selangor sudah menerima senarai nama calon yang bakal bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, senarai nama calon itu membabitkan 22 Bahagian parti berkenaan.

Menurutnya, senarai itu juga rata-ratanya membabitkan lima calon bagi setiap kawasan Parlimen dan Dun.

"Semua senarai nama berkenaan selesai dan kita sudah menerimanya baru-baru ini. Umno Selangor akan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti dalam tempoh terdekat," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP), di sini.

Pada 4 Oktober lalu, media melaporkan Pengerusi Perhubungan Negeri akan mengemukakan nama calon kepada Top 5 bagi penentuan calon Umno bermula Isnin depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 8:45 PM