GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Amirul Aiman Hamsuddin


Tanjong Karang: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bersetuju untuk membuka satu pusat pemberian vaksin (PPV) di Institut Pengurusan Peladang (IPP), di sini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu disahkan sendiri oleh Menterinya, Khairy Jamaluddin.

"Saya telah menghubungi beliau (Khairy) untuk membuka satu PPV di IPP Tanjong Karang," katanya menerusi status di laman Facebook, semalam.

Sehubungan itu, Noh berkata, Khairy turut memaklumkan PPV itu dijangka dilaksanakan di Parlimen berkenaan.

"Pembukaan PPV ini dapat memudahkan penduduk Tanjong Karang menerima suntikan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 8:46 AM