GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 11 premis dan dua kilang diarah tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam operasi pematuhan, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam operasi itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan memeriksa 1,716 kilang dan 11,417 premis perniagaan di seluruh negara.

"Hasil pemeriksaan itu, dua kilang dan 11 premis diarahkan tutup.

"Secara kumulatifnya, sebanyak 97,560 pemeriksaan dan snap check Covid-19 dilakukan di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 21,248 orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang diwartakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 7:04 PM