GAMBAR fail, Ismail Sabri. FOTO NSTP
GAMBAR fail, Ismail Sabri. FOTO NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Sebanyak 52 lagi premis membabitkan kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 2,226 kilang, 14,916 premis perniagaan, 1,005 tapak pembinaan dan 321 asrama penempatan pekerja.

"Tinjauan dijalankan oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang menjalankan 85,123 pemeriksaan dan 'snap check' Covid-19 di seluruh negara dengan kekuatan seramai 19,891 anggota," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan sudah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh menerusi pemeriksaan di kilang dan premis perniagaan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Langkah itu diambil kerana terlalu banyak pelanggaran terhadap arahan dan SOP yang sudah diwartakan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 8:24 PM