Foto hiasan
Foto hiasan
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 29 kilang sudah diarah tutup dan 43 kompaun dikeluarkan terhadap premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh (SPP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil hasil daripada 187 pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas Covid-19 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

"Bagi tempoh yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga mengeluarkan sebanyak 41 kompaun terhadap premis perniagaan yang gagal mematuhi SOP.

"Seramai 2,262 penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara digerakkan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 7:16 PM