APMM menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima kru warga Myanmar di kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Pulau Jarak, Lumut. FOTO Ihsan APMM
APMM menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima kru warga Myanmar di kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Pulau Jarak, Lumut. FOTO Ihsan APMM
Noor Hidayah Tanzizi

Lumut: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama lima kru warga Myanmar di kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Pulau Jarak, di sini, hari ini.

Bot berkenaan ditahan kerana menangkap ikan di zon larangan dan menggunakan pukat tunda selain menggunakan pekerja asing tanpa permit pada 9.15 pagi.

Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan lima kru termasuk tekong warga Myanmar berusia 21 hingga 31 tahun.

"Empat kru didapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi memiliki permit yang sudah tamat tempoh.

"Bot bersama semua warga asing itu dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 8:36 PM