LAPORAN Harian Metro baru-baru ini.
LAPORAN Harian Metro baru-baru ini.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Dua suspek yang dipercayai melontar mercun ke arah polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata kedua-dua suspek akan dituduh pada 9 pagi.

Beliau berkata seorang suspek akan dituduh di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan manakala seorang lagi akan dituduh di bawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pada 13 Mei dan 15 Mei lalu, polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan kes membakar mercun yang dilarang dan melontarnya ke arah anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini.

Daripada lapan individu yang ditahan itu dua daripada mereka mengaku melakukan perbuatan melontar mercun ke arah polis.

Berita berkaitan

Polis dilontar mercun

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Mei 2021 @ 5:57 PM