SEBAHAGIAN daripada 28 individu termasuk empat warga asing yang dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang kerana duduk berkumpul dan bersembang ketika PKP di Persiaran Karpal Singh. FOTO Mikail Ong
SEBAHAGIAN daripada 28 individu termasuk empat warga asing yang dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang kerana duduk berkumpul dan bersembang ketika PKP di Persiaran Karpal Singh. FOTO Mikail Ong
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Seramai 28 individu termasuk empat warga asing masing-masing dikompaun RM5,000 kerana berkumpul dan bersembang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Karpal Singh di sini, hari ini.

Kompaun itu dikeluarkan ketika pemeriksaan dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mereka yang terbabit berusia antara 20 hingga 30-an.

Katanya, mereka didapati duduk berkumpul serta bersembang tanpa sebarang urusan mustahak dan sepatutnya berada di rumah ketika PKP.

"Seramai 24 daripadanya adalah warga tempatan manakala empat lagi adalah warga asing," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 4 (Kawalan Pergerakan) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Mereka juga boleh dikenakan hukuman kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan 17 peraturan yang sama iaitu kompaun RM5,000 seorang berdasarkan nilai kesalahan yang ditetapkan.

"Warga asing terbabit juga turut dikenakan kompaun dan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 8:39 PM