Lelaki dengan penampilan diri menarik serlah ciri maskulin - FOTO Hiasan
Lelaki dengan penampilan diri menarik serlah ciri maskulin - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

SETIAP kali tiba musim perayaan, golongan wanita pasti tidak melepaskan peluang untuk berdandan dan bersolek. Bermula dengan pemilihan warna tudung sehingga kasut, semuanya dibuat dengan teliti.

Berbeza pula dengan lelaki, disebabkan terlalu selesa dengan imej bersahaja dan santai, ada yang menganggap golongan ini tidak perlu berhias diri. 

Tanggapan ini harus diperbetulkan kerana tiada individu gembira apabila diri mereka dipandang selekeh. 

Sempena bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, terdapat beberapa tips penting boleh diamalkan setiap lelaki supaya mereka tampil lebih selesa, kemas dan bergaya di hari lebaran nanti.

Kemaskan kumis, janggut

Untuk hasil dandanan sempurna, pastikan anda bangun lebih awal di pagi raya. Ini bagi mengelakkan proses berdandan jadi tergesa-gesa akibat tidak cukup masa, seterusnya menghilangkan semangat untuk terus berhias diri.

Pada permulaan proses mendandan, perkara pertama perlu diteliti adalah bahagian janggut dan kumis.

Walaupun bahagian janggut dan kumis seringkali dikaitkan dengan ciri lelaki matang dan gagah, tetapi itu bukan alasan untuk membiarkan ia tumbuh tanpa diurus. 

Jika dibiar terlalu panjang, bulu pada bahagian atas bibir dan bawah dagu ini membuatkan anda tampak berusia, kusut dan tidak kemas. 

Justeru, cadangan terbaik di hari lebaran adalah mencukur dan menipiskan hingga licin sekata. 

Selain muka, lebihan bulu yang tumbuh di bahagian badan seperti dada dan bawah lengan juga perlu dirapikan. Ini bagi memastikan anda dapat beraya dengan selesa sekali gus kebersihan diri juga terjaga. 

Gaya rambut

Setelah selesai proses bercukur, tidak lengkap pula jika rambut tidak digayakan dengan fesyen memukau. 

Bagaimanapun, pastikan anda memilih gaya rambut yang sesuai dengan bentuk wajah supaya tidak menjejaskan penampilan anda di hari lebaran nanti.  

Bagi lelaki yang gemar menyimpan rambut panjang, anda disaran menyisir dan mengikat rambut dengan rapi bagi mengelakkan ia terurai atau tampak kusut.

Untuk yang berambut pendek pula, anda disaran menggayakan rambut dengan sedikit gel atau pomade supaya ia terletak kemas dan tidak terlihat kusam. 

Sebagai alternatif mudah, songkok pilihan paling sempurna digandingkan dengan baju raya untuk menutupi bahagian rambut dan kepala. 

Wajah tampil lebih menawan!

Image

Bagi memudahkan anda berdandan setiap hari, pencukur elektronik Philips Multigroom series 7000 adalah peranti wajib dimiliki setiap lelaki. 

Peranti dandanan pelbagai guna ini hadir dengan teknologi DualCut berserta dua bilah pisau, memastikan hasil cukuran lebih maksimum, licin dan sempurna.

Lebih menarik, ia turut dilengkapi dengan 14 peralatan dandanan dengan pelbagai fungsi berbeza dalam satu kotak.

Image

Semua penawaran ini membolehkan anda bercukur dengan lebih mudah, di semua bahagian termasuk kepala, muka atau badan.

Paling penting, sebut saja jenis cukuran yang anda inginkan tidak kira ia licin, nipis atau gaya moden, Philips Multigroom series 7000 mampu selesaikan dengan mudah. 

Kalis air, tahan lama

Image

Selain itu, pengguna juga tidak perlu bimbang kerana peranti ini hadir dengan kemasan kalis air. Dalam erti kata lain, jika anda melakukan rutin bercukur di bawah pancuran mandi sekalipun bukan masalah besar. 

Dari segi janaan kuasa, Philips Multigroom series 7000 mampu berfungsi selama 120 minit atau dianggarkan bertahan untuk 12 kali penggunaan selepas satu jam pengecasan penuh. 

Dengan segala kelebihan yang ada, anda tak perlu runsing dan membazir masa bercukur menggunakan cara lama kerana Philips Multigroom series 7000 menawarkan penyelesaian lebih mudah, selamat dan efisien.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Philips Multigroom series 7000 sebagai ganjaran untuk diri sendiri atau dihadiahkan buat yang tersayang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ditawarkan Philips sepanjang Ramadan, layari pautan ini atau anda boleh mendapatkan pelbagai rangkaian produk Philips di Shopee dan Lazada hari ini juga!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 April 2021 @ 5:24 PM