ANTARA kura-kura yang dirampas. FOTO ihsan PGA
ANTARA kura-kura yang dirampas. FOTO ihsan PGA
Siti Rohana Idris


Tumpat: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM61,800 di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, 11.20 malam tadi.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, ketika anggotanya menjalankan rondaan sempena Op Benteng Covid, sebuah kereta berada di sekitar lokasi dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan di dalam but kereta terbabit menemui 92 kura-kura iaitu 80 jenis 'Sulcata Tortoise' dan 12 'Indian Star Tortoise,' dua ular jenis 'Reticulated Phyton,' tiga tupai 'red giant flying squirrel' dan dua cicak 'Black Dragon.'

"Kita percaya semua haiwan eksotik itu diseludup dari Thailand dan pemandu juga gagal mengemukakan sebarang jenis dokumen atau permit yang sah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azhari berkata, pihaknya juga percaya pemandu berusia 33 tahun itu juga menyeludup semua haiwan itu untuk pasaran tempatan.

Semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 60 (1)(a) Akta Perhilitan 1972 dan Seksyen 68 (1)(a) Akta Perhilitan 1972," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 12:46 PM