FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Seramai 421 warga asing menjalani ujian saringan setakat semalam dengan seorang daripadanya disahkan positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatif, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 678,111 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 yang membabitkan 35,094 majikan.

"Daripada jumlah itu, seramai 10,200 individu disahkan positif Covid-19 manakala 667, 911 lagi negatif," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan ujian saringan Covid-19 diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 7:39 PM