GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Seramai 1,306 warga asing sudah menjalani ujian saringan setakat semalam dan daripada jumlah itu, 37 disahkan positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 677,690 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 yang membabitkan 35,066 majikan.

"Daripada jumlah itu, seramai 10,199 individu disahkan positif Covid-19 manakala 667,491 lagi negatif.

"Sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik terbabit dengan program saringan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan ujian saringan Covid-19 diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 7:32 PM