ANTARA individu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di Manjung. FOTO Ihsan Polis
ANTARA individu dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di Manjung. FOTO Ihsan Polis
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Mekanik antara tiga lelaki dikenakan kompaun RM10,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19, di sini, hari ini.

Difahamkan, mereka adalah kumpulan pertama yang dikenakan kompaun dengan jumlah itu di Manjung selepas kompaun bagi pelanggaran SOP dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tindakan itu diambil pasukan task force pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dan Balai Polis Ayer Tawar yang melakukan pemantauan pada 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Menurutnya, semua kesalahan itu dilakukan di Taman Samudera dan pekan Ayer Tawar.

"Tiga individu yang dikompaun berusia antara 33 hingga 63 tahun tidak memakai pelitup muka.

"Kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada mereka mengikut Ordinan Darurat bagi kesalahan tidak melakukan langkah pencegahan (Peraturan 18) PPPPPB 2021 (NO. 4) yang berkuat kuasa mulai 11 Mac lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 5:06 PM