Amir Abd Hamid

Putrajaya: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11, 2.30 petang, hari ini untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech.

Ia menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia.

Turut sama menerima suntikan vaksin itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tiba pada 2 petang.

Semenatara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tiba 2.10 petang dan Menteri Penyelaras PICK yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin tiba 2.20 petang turut hadir.

MUHYIDDIN tiba di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MUHYIDDIN tiba di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Terdahulu, vaksin Covid-19 tiba di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11 dari Klinik Kesihatan Presint 18, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Program tiga fasa ini bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin untuk fasa pertama yang akan berlangsung hingga April depan.


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 2:41 PM