Noor Hisham.
Noor Hisham.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 18 kluster baharu di 10 negeri, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kluster yang dikesan membabitkan tempat kerja.

Katanya, masing-masing dua kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi manakala satu kluster pusat tahanan.

"Kluster tempat kerja membabitkan empat di Selangor iaitu Industri Jalan Haji Sirat yang merekodkan 140 kes positif Covid-19, Industri Persiaran Subang (107), Alam Jaya Lima (33) dan Industri Kenanga Satu (20).

"Tiga kluster di Johor iaitu Simpang Jeram (20), Jalan Sri Pelangi (17) dan Jalan Istimewa Dua (14). Manakala dua kluster di Kuala Lumpur adalah Tapak Bina Jalan Kia Peng (51) dan Jalan Berhala Merah (12).

"Masing-masing satu di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu yang dikenali sebagai Kluster Jalan Stadium merekodkan lapan kes, Industri Teknologi Cheng 30 (68), Jalan Waterfront (42) serta Pasar Besar Dungun (51)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, dua kluster komuniti adalah Kampung Pukak di Sabah yang merekodkan 17 kes dan Kampung Sungai Seputeh di Perak merekodkan 10 kes.

Menurutnya, kluster kumpulan berisiko tinggi pula dilaporkan di Johor dikenali sebagai Kluster Jalan Bukit Chagar yang melaporkan 61 kes dan di Paya Luas di Pahang yang melaporkan 101 kes.

Tambah beliau, satu kluster pusat tahanan iaitu Kluster DTI Bidor di Perak pula melaporkan 48 kes setakat ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 8:22 PM