Baharom Bakar

Chukai: Lima sekatan jalan raya (SJR) termasuk tiga di pintu masuk utama ke negeri ini melalui daerah Kemaman dibuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Difahamkan, SJR di sempadan negeri iaitu berhampiran lampu isyarat di Kampung Paya Berenjut, di sini, diadakan sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, pegawai dan anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Rela yang ditugaskan di SJR Kampung Paya Berenyut hanya memberi nasihat dan peringatan mengenai penguatkuasaan dilakukan susulan pelaksanaan PKPB.

Selain di Kampung Paya Berenjut, SJR turut dilakukan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Perasing dan di Tol Cheneh manakala dua lagi di daerah Besut iaitu di Kampung Pachakan serta Kampung Tok Saboh.

Difahamkan, tindakan ke atas orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran merentas ke negeri ini akan dikuatkuasakan mulai 12.01 tengah malam ini.

FOTO HIASAN
FOTO HIASAN

Selasa lalu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dilaporkan berkata, SJR di lima lokasi itu akan dilakukan selama 24 jam di pintu sempadan negeri iaitu tiga di Kemaman dan dua di Besut.

Beliau berkata, lima SJR di Kemaman dan Besut itu bagi memastikan tiada individu dari zon merah melepasi masuk ke negeri ini.

"Dua SJR di daerah Besut iaitu di kawasan Jerteh dan Bukit Yong akan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan.

"Lebih 1,000 pegawai dan anggota akan digerakkan bagi memantau serta melakukan rondaan sepanjang PKPB ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 7:59 PM