Keratan laporan sebelum ini.
Keratan laporan sebelum ini.
Roselan Ab Malek


Jerantut: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang hilang, semalam selepas dihanyutkan banjir di Kampung Gintong, Tebing Tinggi di sini belum menemui sebarang petunjuk.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata, SAR mengesan mangsa, Uqail Iskandar Zulkarnain, 23, disambung semula 9 pagi hari ini, yang turut dibantu penduduk kampung, menggunakan dua bot fiber.

Terdahulu katanya, mayat bapa Uqail Iskandar, Zulkarnain Hitam, 58, yang juga kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut ditemukan lemas malam semalam, selepas pihaknya menerima laporan mangsa dan tiga anaknya dihanyutkan arus ketika menyeberangi laluan dinaiki air Sungai Puas.

"Sepasukan pegawai dan anggota polis dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta orang kampung cuba mengesan mangsa dan anaknya yang dilaporkan hilang.

"Dua daripada anaknya yang berusia 13 dan 15 tahun berjaya ditemui dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi anak mangsa dikenali sebagai Ukai Iskandar berusia 23 tahun belum dapat dikesan.

"Mayat Zulkarnain dihantar ke Hospital Jerantut bagi tujuan bedah siasat," katanya.

Difahamkan, empat beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah mereka dengan meredah laluan ditenggelami banjir.

Berita berkaitan

Bapa korban banjir pertama, anak masih hilang

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 2:41 PM