GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi tahun 2021 dimuat naik pada portal rasminya di wwww.hasil.gov.my hari ini.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, BN dimuat naik sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN mereka pada tahun ini dengan dokumen itu boleh diakses dan dimuat turun di laman portal rasmi itu.

"Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 2:22 PM