TANGGUK tangan yang masih bersisa anak kerang dirampas Jabatan Perikanan Selangor di Jeti Kampung Nelayan, awal pagi tadi. FOTO ihsan Jabatan Perikanan Selangor
TANGGUK tangan yang masih bersisa anak kerang dirampas Jabatan Perikanan Selangor di Jeti Kampung Nelayan, awal pagi tadi. FOTO ihsan Jabatan Perikanan Selangor
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Meskipun sudah memasuki tahun baharu, kegiatan mencuri anak kerang di daerah ini dilihat tidak berkurangan, sebaliknya semakin menjadi-jadi.

Terbaru, Jabatan Perikanan Selangor merampas 18 tangguk tangan bernilai RM3,600 di Jeti Kampung Nelayan, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, ketika rampasan dilakukan, peralatan terbabit masih mengandungi sisa anak kerang.

Pengarahnya Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, pemantauan dilakukan oleh lima kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam di jeti terbabit kira-kira jam 3 pagi.

"Pemantauan dibuat susulan wujud aktiviti mencuri anak kerang di perairan terbabit.

"Pada 3 pagi tadi, serbuan di darat dilakukan ke atas beberapa individu, namun mereka melarikan diri ke laut menggunakan sampan bersama anak kerang di dalam guni," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 12:01 PM