DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: "Perasaan sayu, namun syukur Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin yang dilaporkan hilang telah ditemukan. Takziah diucapkan buat keluarga mangsa," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau memuat naik hantaran dalam Facebook hari ini, sebagai mengulas pemergian seorang bakal pengantin yang lemas ketika mandi di Pantai Kelulut, Marang, Jumaat lalu.

Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat di tepi pantai dekat Kampung Alur Tuman, Marang pada jam 8.55 pagi tadi.

Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan itu.

Selain itu katanya, pusat khidmat masyarakat DUN nya bersedia menanggung kos pengurusan dan penghantaran pulang jenazah mangsa.

"Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang akan menanggung kos pengurusan dan penghantaran pulang jenazah sekiranya dipersetujui keluarga arwah," katanya.

Berita berkaitan

Allahyarham tak banyak cakap macam selalu- Noraniza Idris

Dua helikopter kesan lelaki dikhuatiri lemas

Mayat bakal pengantin lelaki dijumpai [METROTV]

SAR dua lelaki hilang ditarik ombak diteruskan [METROTV]

Kenduri diteruskan walau tiada pernikahan [METROTV]

Ombak kuat cabaran pencarian dua lelaki dikhuatiri lemas

'Dua lelaki lemas masih belum ditemui'

'Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan...'

'Bakal pengantin lelaki dijadual bernikah hari ini dikhuatiri lemas [METROTV]'

'Lelaki ajak rakan mandi laut dikhuatiri lemas'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 5:18 PM