Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: "I love u my dear Lillahi Taala. Kau ampunkan dosa-dosa kami ya Allah, beri jalan buat kami ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah. My dear dah janji nak jaga sayang, baliklah dear," kata Fatin Nabila Huda Ismail, 27.

Fatin Nabila Huda yang juga tunang kepada Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin, 31, memuat naik hantaran itu di Twitter semalam.

Sehingga kini, hantaran itu mendapat 1,452 ulang ciap dan 4,385 tanda suka.

Selain itu, Fatin Nabila Huda turut memuat naik beberapa lagi hantaran di akaun Twitter miliknya ari ini.

"Lapangkan hati ini ya Allah untuk reda dengan ujianMu, dear dah selamat di sana, syahid meninggalkan dunia. Ramai doakan dear. Tinggal sayang dekat sini untuk teruskan hidup.

"Semoga nanti sayang juga meninggal dengan khusnol khotimah. Pengakhiran yang baik seperti dear. Allah sayang kita berdua, Allah sayang semua.

"Terima kasih atas doa dan ucapan dari semua, saya tak mampu nak balas satu-satu. Semoga Allah juga menjaga kita semua, agar hati tetap padanya. Ampunkan khilaf kami berdua," katanya.

Hantaran dimuat naik Fatin Nabila Huda nyata menimbulkan rasa sebak dan simpati pengguna Twitter yang mendoakan supaya wanita dan ahli keluarga mangsa tabah dengan kehilangan Naim Hariri.

Terdahulu, mayat Naim Hariri ditemukan di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang pagi tadi.

Naim Hariri dari Cheras, Kuala Lumpur ditemukan terdampar oleh pasukan penyelamat di tepi pantai berkenaan pada 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang di Pantai Kelulut, Marang.

Berita berkaitan

MB tanggung kos pengurusan, hantar jenazah Naim Hariri

Allahyarham tak banyak cakap macam selalu- Noraniza Idris

Dua helikopter kesan lelaki dikhuatiri lemas

Mayat bakal pengantin lelaki dijumpai [METROTV]

SAR dua lelaki hilang ditarik ombak diteruskan [METROTV]

Kenduri diteruskan walau tiada pernikahan [METROTV]

Ombak kuat cabaran pencarian dua lelaki dikhuatiri lemas

'Dua lelaki lemas masih belum ditemui'

'Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan...'

'Bakal pengantin lelaki dijadual bernikah hari ini dikhuatiri lemas [METROTV]'

'Lelaki ajak rakan mandi laut dikhuatiri lemas'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 8:55 PM