SULTAN Ibrahim Iskandar. FOTO Ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Ibrahim Iskandar. FOTO Ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang meninggal dunia, petang tadi.

Sultan Ibrahim bertitah dalam akaun Facebook baginda, pemergian Allahyarhamah ibarat hilangnya permata Johor.

"Saya dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta seluruh keluarga beliau atas pemergian bondanya, Allahyarhamah Tun Rahah.

"Kita kehilangan seorang permata negeri Johor yang menjadi saksi penting lipatan sejarah pembangunan moden negara.

"Semoga roh Allahyarhamah dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Tun Rahah Mohamad Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia petang ini.

Ibu kepada bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court di sini.

Kematian Tun Rahah, 87, dikongsikan Najib menerusi akuan media sosial, Facebook dan Twitter peribadinya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 8:40 PM