NAJIB bersama ahli keluarganya mengiringnya jenazah ibunya ketika tiba di Masjid NegaraFOTO Eizairi Samsudin
NAJIB bersama ahli keluarganya mengiringnya jenazah ibunya ketika tiba di Masjid NegaraFOTO Eizairi Samsudin
NAJIB (lima, kiri) bersama ahli keluarganya memberi penghormatan terakhir kepada ibunya di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi. Jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara. FOTO Bernama

Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah tiba di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini, hari ini.

Kenderaan membawa jenazah diiringi kenderaan pengiring dan ahli keluarga keluar dari pekarangan masjid pada 2 petang dan tiba di Masjid Negara 12 minit kemudian.

Sebaik tiba, jenazah ditempatkan di Dewan Solat Utama Masjid Negara bagi membolehkan ahli keluarga memberi penghormatan terakhir.

Sejurus selepas itu, solat jenazah diadakan di Masjid Negara sebelum jenazah diusung ke perkarangan Makam Pahlawan yang terletak bersebelahan Masjid Negara untuk upacara pengebumian.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengikuti upacara istiadat pengebumian jenazah.

Turut menghadiri upacara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia petang semalam.

Allahyarhamah dikurniakan lima anak lelaki iaitu Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim.

Berita berkaitan

Pemergian Tun Rahah kehilangan besar negara - Tun M [METROTV]

Ahli politik, orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah [METROTV]

Jenazah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

'Bonda saya sudah tiada' - Najib Razak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 2:33 PM