Kelihatan kenderaan yang membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, tiba bagi di pekarangan masjid menziarahi jenazah balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar Rahah Kuala Lumpur. FOTO ASWADI ALIAS

Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, hari ini.

Baginda tiba di Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam di sini, dengan diiringi pegawai pengiring jam 9.49 pagi.

Turut kelihatan, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba beberapa minit kemudian.

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah dibenarkan memasuki masjid secara berperingkat dengan diberikan kad nombor giliran dan mendaftar MySejahtera serta diambil suhu badan.

Mereka dibenarkan memasuki ruang masjid bermula jam 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Jenazah dijangka dibawa ke Makam Pahlawan, Masjid Negara untuk dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Berita berkaitan

Jenazah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

'Bonda saya sudah tiada' - Najib Razak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 10:48 AM