TUN Rahah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, esok. FOTO arkib NSTP
TUN Rahah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, esok. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan jenazah Tun Rahah Mohamed Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, esok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Najib Razak atas pemergian ibu tercinta hari ini.

"Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Najib dan seluruh ahli keluarga atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Rahah hari ini.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 8:10 PM