Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memberi fokus kepada penghasilan makanan untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berjaya.

Pengerusinya Datuk Kamarudin Md Nor berkata, selain daripada padi, KADA juga giat dalam pemprosesan makanan bagi menggalakkan masyarakat terutamanya petani dan pesawah di dalam kawasan KADA terbabit dalam aktiviti berkenaan.

"Sejak 2008 sehingga kini, terdapat lebih 1,000 usahawan tani yang terbabit dalam industri makanan dan ada di antara mereka yang pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.

"Mereka tidak semestinya hanya memfokuskan kepada tanaman padi, tetapi boleh juga kepada tanaman lain bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi serta menjadi usahawan tani yang berdaya saing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KADA 2019 yang diadakan di H Elite Design Hotel, di sini, hari ini.

Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas
Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas

Hadir sama, Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris.

Terdahulu seramai 73 kakitangan KADA menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang disampaikan oleh Pengerusi KADA Datuk Kamarudin Md Nor dan sebagai tanda penghargaan setiap seorang daripada mereka dihadiahkan Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin turut melahirkan rasa syukur diatas peruntukan yang diterima oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu.

"Walaupun dalam suasana pandemik Covid-19 selain ekonomi yang mencengkam kewangan negara, Belanjawan 2021 tetap disusun dengan teliti.

"Kita berharap selepas belanjawan diluluskan oleh parlimen pada tahun hadapan, KADA memperoleh peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan tugas utama iaitu dalam memastikan bekalan beras untuk negara dapat ditingkatkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 5:44 PM
Kamarudin (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan KADA. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Kamarudin (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan KADA. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI