DR Ismail dan Muhammad
DR Ismail dan Muhammad
BERNAMA

Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini mengumumkan pelantikan pengerusi baharu bagi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkuat kuasa 15 Mei.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh dilantik sebagai Pengerusi MADA manakala bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain dilantik sebagai Pengerusi KADA.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Dr Ismail dan Muhammad sudah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang pentadbiran, dasar dan pembangunan masyarakat.

"Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti mereka dalam menggalas amanah menerajui kedua-kedua badan berkanun persekutuan di bawah KPKM," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 12:27 AM