Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Acara tradisi berselawat dan mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sempena Maulidur Rasul tetap diteruskan oleh kariah Masjid Alimshah Waley, Lebuh Chulia di sini, hari ini.

Tradisi yang dijalankan penduduk sejak 100 tahun lalu itu bagaimanapun hanya disertai kira-kira 30 kariah berikutan patuh pada prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi masjid berkenaan, Idris Abdul Salam berkata, biarpun dalam suasana berbeza, namun majlis berkenaan tetap meriah.

"Majlis tradisi yang berlangsung sejam ini dilakukan dua kali setahun selain pada sambutan Awal Muharram.

"Sebelum masuk ke masjid, peserta perlu memakai pelitup muka, mendaftar dan diambil suhu serta melakukan penjarakan fizikal.

"Kita berharap tradisi ini akan berterusan," katanya.

KARIAH Masjid Alimshah Waley berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul yang dijalankan sejak 100 tahun lalu di masjid berkenaan. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
KARIAH Masjid Alimshah Waley berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul yang dijalankan sejak 100 tahun lalu di masjid berkenaan. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 2:14 PM