PEGAWAI istana menyerahkan sarapan kepada pengamal media. FOTO Hairul Annuar dan Mohamad Fais Jusoh.
PEGAWAI istana menyerahkan sarapan kepada pengamal media. FOTO Hairul Annuar dan Mohamad Fais Jusoh.
Nurul Hidayah Bahaudin dan Mohamad Fais Jusoh


Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan terhadap pengamal media yang berada di luar perkarangan pintu 2 Istana Negara, di sini apabila menyerahkan sarapan pagi kepada mereka, hari ini.

Seri Paduka melalui Setiausaha Sulit Kanan Baginda Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Istana Negara, Muzli Mohd Zain menyerahkan makanan segera, McDonalds kepada pengamal media pada 10 pagi.

Makanan itu diserahkan kepada lebih 50 pengamal media yang 'berkampung' di situ sejak 8 pagi bagi menunggu ketibaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadap Seri Paduka, hari ini.

Dalam kenyataan dimuat naik Istana Negara menerusi Facebook memaklumkan Seri Paduka amat prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan lebih 50 pengamal media dari dalam dan luar negara menunggu di pintu 2 Istana Negara, bagi menunggu Anwar.

Anwar dilihat tiba pada 10.25 pagi sebelum dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira sejam kemudian iaitu pada 10.30 pagi.

Berita berkaitan

  • '

    Anwar hanya senyum

  • 'Semoga dipermudahkan' - Anwar Ibrahim
  • Anwar tiba di Istana Negara

  • Menanti Anwar
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 12:11 PM