Nurul Hidayah Bahaudin dan Mohamad Fais Jusoh


Kuala Lumpur: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat keluar dari Istana Negara dipercayai selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Beliau yang menaiki kereta Jaguar berwarna hitam dilihat keluar dari Istana Negara melalui pintu 2 pada 10.30 pagi.

Turut mengiringi kenderaan Anwar, sebuah lagi kenderaan Volkswagen berwarna hitam.

Anwar yang berada di tempat duduk belakang kenderaan itu dilihat melambai dan tersenyum pada pengamal media yang menunggunya di luar pintu 2 Istana Negara mengadap Seri Paduka.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi mendapati turut kelihatan beberapa penyokong Anwar dilihat berada di lokasi melaungkan 'Reformasi Anwar PM (Perdana Menteri ke-sembilan).

Bagaimanapun, individu terbabit bersama semua pengamal media diarahkan bersurai oleh pihak polis.

Berita berkaitan

  • 'Semoga dipermudahkan' - Anwar Ibrahim
  • Anwar tiba di Istana Negara

  • Menanti Anwar
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 11:51 AM