HAMZAH  (kiri) bersama Annuar hadir pada mesyuarat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Magellan Sutera Harbour. FOTO Aswadi Alias
HAMZAH (kiri) bersama Annuar hadir pada mesyuarat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Magellan Sutera Harbour. FOTO Aswadi Alias
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: "Semuanya berjalan seperti biasa," itu respons ringkas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mesyuarat memilih Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Annuar tiba di sebuah hotel di bandar raya ini 1.55 tengah hari untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di lokasi sama pagi ini.

Turut hadir, Setiuasaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersama kepimpinan kanan PN antaranya Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Dua calon Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili BN dan Datuk Hajiji Noor dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut hadir mesyuarat sama.

Sehingga kini, pengamal media masih menanti di hotel ini untuk mendapatkan perkembangan lanjut perlantikan Ketua Menteri Sabah selepas berjaya membentuk kerajaan negeri malam tadi.

Hajiji dalam respons ringkasnya juga enggan mengulas lanjut perkembangan terkini mesyuarat.

"Tiada apa lagi," katanya yang kemudian meninggalkan mesyuarat.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 2:30 PM