Yun Mikail

Kota Kinabalu: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu daripada Istana Negeri.

"Alhamdulillah.....Yang di-Pertua Negeri menjemput untuk memaklumkan saya bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

"Pihak istana turut memaklumkan saya akan mengangkat sumpah jam 10 pagi esok," katanya ketika ditemui media selepas menemui Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebentar tadi.

Tiba di pintu masuk utama Istana Negeri sekitar jam 3.55 petang, pertemuan terbabit berlangsung kira-kira sejam.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

HAJIJI NOOR
HAJIJI NOOR

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 5:37 PM