Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong parti diterajuinya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau menghargai sokongan diberikan dan menyatakan akan terus berkhidmat kepada rakyat di posisi sebagai pembangkang.

"Terima kasih banyak atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah. Kita akan terus berkhidmat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman rasminya di Rumah Yayasan Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Shafie juga enggan mengulas lanjut ketika diminta mengulas pelantikan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.

MOHD Shafie ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman rasminya di Rumah Yayasan Sabah. FOTO Azrul Affandi Sobry
MOHD Shafie ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman rasminya di Rumah Yayasan Sabah. FOTO Azrul Affandi Sobry

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 4:47 PM