Bangunan SPRM
Bangunan SPRM
BERNAMA

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis sedang mengesan seorang wanita dan lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-duanya adalah Nur Hazirah Mohamad Yusup, 32, yang beralamat terakhir di No. 38, Persiaran Taman Meru 16, Taman Meru 2C, Jelapang, Ipoh, Perak dan Mohamad Firdaus Ab Rashid, 40, beralamat terakhir di 7251 Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Mohd Shahril Md Shariff di talian 04-9761982.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 7:27 PM