Suraya Roslan

Kuala lumpur: "Itu tidak betul, tak tahu siapa buat cerita, setakat semalam tiada yang dipanggil.

Demikian komen Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berhubung dakwaan 50 pekebun di Raub dipanggil pihaknya untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, Azam mengesahkan kertas siasatan berhubung pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang di Raub oleh pekebun durian itu sudah dibuka SPRM Pahang.

"Kita akan melihat isu rasuah dan salahguna kuasa dalam isu penerokaan tanah secara haram di sana (Raub).

"Setakat ini tiada yang dipanggil (50 pekebun)," katanya dalam sidang media selepas Forum 'Corporate Liability: Are You At Risk' di sebuah hotel di sini, hari ini.

AZAM Baki. FOTO Mohd Yusni Ariffin
AZAM Baki. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Pada 1 Ogos lalu, Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pekebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan diambil susulan kerugian ditanggung kerajaan negeri yang mencecah RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah di situ termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara lokasi diceroboh ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Tranum serta Tras.

Berita berkaitan:

  • MAFI tidak campur tangan
  • Kumpulan kongsi gelap tak terbabit pencerobohan tanah [METROTV]
  • Kerajaan Pahang tegas bukan zalim
  • 'Kami harap keputusan menang-menang' - Pengusaha Musang King
  • SPRM siasat pencerobohan tanah di Raub
  • Usah politikkan isu kebun durian haram - KAR
  • Kerajaan Pahang tetap bertegas terhadap pekebun haram Musang King
  • Agrobank tidak lulus pembiayaan kebun durian tanah haram
  • Pekebun durian 'haram' dapat perintah penggantungan sementara
  • 'Jika tak bertegas, isu tanam durian atas tanah kerajaan tak selesai'
  • Cari jalan 'halalkan' tanah haram
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 11:41 AM