FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Amir Mamat


Melaka: Kerajaan akan memuktamadkan keseragaman peraturan dan cukai antara sektor perhotelan dan Airbnb dalam dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata keputusan itu perlu disegerakan sebagai langkah memberi nafas baharu dalam sektor pelancongan selain menjadi sebahagian daripada proses pra-pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata, tidak dinafikan industri perhotelan menerima kesan lebih buruk akibat

Covid-19 berbanding Airbnb yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan.

"Justeru, beberapa perbincangan sedang diadakan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri bersama jawatankuasa khas yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

"Kita perlu adil. Jika satu pihak dikenakan pelbagai peraturan, manakala satu lagi pihak tidak tertakluk dengan sebarang peraturan, ia adalah tidak adil," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Sesi Perbincangan serta Libat Urus Industri Pelancongan: Sebelum dan Selepas Covid-19 di Hotel Hatten, di sini,

malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 8:32 AM